Sila kongsikan/ share:

Proses Kerja Dan Bayaran Jobdirumah

Kalau belum mendaftar mesti tak nampak bagaimana Jobdirumah berfungsi dan membantu ahli dapatkan job dan terima bayaran. Sebenarnya fungsi Jobdirumah adalah sangat ringkas dan memudahkan. Jobdirumah membimbing setiap ahli, malah Jobdirumah sangat-sangat bertanggungjawab dalam memastikah setiap ahli Jobdirumah mencari kerja sebenar dan mendapat bayaran setimpal untuk setiap kerja yang dipohon member Jobdirumah.

Jobdirumah bukan agensi tolong carikan kerja. Tapi Jobdirumah cukup lengkap dalam menyedia dan memberi pertolongan ilmu kepada sesiapa yang ingin bekerja dari rumah, depan skrin komputer, kerja yang tentunya sah, sahih dan terbukti memberi bayaran atas kerja freelance yang dilakukan.

Setiap pelanggan Jobdirumah asasnya akan melalui proses berikut:
1. Daftarkan diri anda, masukkan nama dan emel di laman depan (hampir bawah) website Jobdirumah, lengkapkan proses pendaftaran.

2. Selepas mendaftar, pihak Jobdirumah akan memberi username dan password untuk masuk ke laman ahli Jobdirumah, semuanya melalui emel pantas.

3. Di dalam laman ahli, anda dapat download Panduan Jobdirumah (Panduan JDR) yang bakal menceritakan hampir banyak isu berkaitan persiapan ahli, dalam memudahkan ahli Jobdirumah mula berkerja dari keselesaan di rumah.

4. Dalam laman ahli juga, ada page yang memberi ratusan tawaran kerja kosong freelance yang sah, dikemaskini setiap hari oleh syarikat Jobdirumah dari pelbagai sumber platform kerja dipercayai (trusted) antarabangsa.

5. Selepas menyelesaikan mana-mana job, ahli Jobdirumah akan dibayar oleh majikan melalui Paypal, Cek mahupun deposit tunai, segalanya dalam matawang diterimapakai syarikat antarabangsa, USD.

Bagaimana ahli Jobdirumah dibayar USD 
Bayaran diberi selepas kerja diselesaikan, dalam tempoh beberapa hari setelah tugasan kerja disahkan dan diluluskan majikan.

Ada kes, anda juga boleh memohon bayaran pendahuluan daripada pihak majikan/ syarikat sebelum memulakan kerja.

Ada syarikat yang bayar ikut jumlah jam bekerja. Pekerjaan jenis ini memerlukan ahli Jobdirumah bekerja terus melalui sistem online dsediakan majikan, bagi merekod masa bekerja dan perkembangan perlaksaan projek yang anda lakukan di rumah.

Bayaran upah kebanyakannya bakal diberi melalui Paypal. Panduan pendaftaran membuka akaun Paypal ada disediakan percuma oleh Jobdirumah, hanya pada laman ahli Jobdirumah sahaja.

Bayaran akan dilakukan serta merta, setelah kerja yang dipilih berjaya diselesaikan dan disahkan majikan. Tidak perlu tunggu hujung bulan.

Bayaran keatas kerja yang anda lakukan, akan dibayar terus dari majikan (atau platform penyedia kerja terbabit) yang memberi kerja kepada anda, tanpa perlu melalui syarikat Jobdirumah.