Namun, untuk Jobdirumah, syarikat awal-awal dah nafikan, sememangnya Jobdirumah TIDAK TERLIBAT dengan sebarang program buat duit samada online atau offline. Walaupun memang boleh buat duit dengan Jobdirumah, memang dah ramai dapat bayaran dalam USD, tapi Jobdirumah bukan program cari orang lain banyak-banyak untuk join seperi dilakukan perniagaan Multi Level Marketing (MLM) atau program berbilang-tingkat. Ringkasnya Jobdirumah bukan MLM, bukan Skim Piramid, bukan Forex, bukan Skim Cepat Kaya dan bukan juga kena buat apa-apa perniagaan samada online mahupun offline.
Jobdirumah adalah laman panduan persedian, bantuan tatacara berurusan dan listing harian kekosongan kerja bebas yang boleh dibuat secara sambilan atau sepenuh masa santai dari rumah sendiri, cafe, atau kopitiam depan skrin laptop /komputer, tanpa ada bos tercegat di belakang marah-marah atau rakan sekerja di pejabat bermain 'politik pejabat' buli anda. Setiap kerja perlu dipohon dan diselesaikan (Jobdirumah 70% dah selesaikan bahagian ini), kemudian dapat bayaran dalam USD sebab majikan individu atau syarikat selalunya datang dari serata pelusuk dunia.
Jobdirumah sah sahih, wujud tanpa masalah sejak tahun 2011 lagi. Jobdirumah juga adalah berdaftar di Malaysia menggunakan nama syarikat Kliks Solution (SSM: 001762546-A) beralamat di 265c, Jln Perkasa 1, Tmn Maluri, Cheras, 55100 K.Lumpur, MY.

Dari segi kesahihan laman web dan kandungan digital online. Jobdirumah disahkan benar dan aktif oleh DMCA Protection. Menyatakan Jobdirumah adalah 100% original, dibina dan diselia oleh pemilik web, termasuk (tidak terhad) terhadap teks, design, kod, gambar, dan video semuanya adalah hakmilik intelek pemilik Jobdirumah. Samada setiap hakmilik digital yang ada didaftarkan secara undang-undang atau tidak, Jobdirumah adalah dijaga (protected) oleh DMCA Protection Services dibawah Digital Millennium Copyright Act Tajuk 17 Bab 512 (c)(3), undang-undang perlindungan hakmilik digital bagi kandungan dikuatkuasakan pengelola internet global, USA.

Dari segi kesahihan syarikat dan integriti perniagaan dijalankan. Jobdirumah dan syarikat serta pemilik Jobdirumah juga merupakan ahli sah dan aktif berdaftar dengan Persatuan Usahawan Internet Malaysia atau PUIM, juga dikenali sebagai Malaysia Internet Entrepreneur Association (MIEA) secara undang-undang dikawal Akta Pertubuhan 1965 (Malaysia). Dibawah pemantauan PUIM atau MIEA, Jobdirumah terbukti bukan pelaburan haram, program skim cepat kaya, penyalahgunaan fakta, manipulasi, malah Jobdirumah adalah benar, mengikut tatacara sah sesuatu perniagaan internet dibenarkan di Malaysia.